Tuesday, October 28, 2014

Tudung Bawal Chiffon & Halfmoon Chiffon

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..Akhirnya impian dan angan2 hampir jadi kenyataan. Permulaan yang bagus. Syukur. Ayie cakap sebelum ni kan Ayie Buat Business Kecil-Kecilan (HomeMade). Alhamdulillah..ayie da jual 9 helai tudung bawal ng halfmoon chiffon. Yang best, ada request lagi nak. So, ayie open oder baru la. Lebih daripada 10 helai baru ayie balik Taiping buat tudung. Kalau tak rugi la nak balik kalau dalam 4 5 helai je nak buat. In Sha Allah ahad ni ayie open order baru. Nak kena tengok dulu jadual minggu depan free x weekend. Kalau tak free tak boleh la balik,huhu


Memperkenalkan koleksi tudung ayie. Ni warna2 yang ayie perkenalkan. In Sha Allah ada modal lebih ayie perkenalkan warna2 terbaru nanti. Bukan apa,kang buat warna2 yang ayie jarang pakai kalau takde orang beli tak ke rugi disitu..hehe Konsep sekarang ni yang ayie buat, ada order baru ayie buat. Takde tak buat la. Tak berani nak ambik risiko. Untuk permulaan cuba nasib ni pun ayie open order dulu. 5 helai memang orang oder, 5 helai lagi ayie cuba nasib je. Alhamdulillah harini terjual da 9 helai. Tinggal 1 je lagi,huhu

Apa yang specialnya tudung ni? First, customer boleh request nak line tepi tu warna ape. Contohnya, dia pilih nak no.1 (dark purple). Line tepi dia request nak purple lembut. Second, untuk halfmoon customer boleh request nak size M atau L. Tu la yang special nya. Ayie buat atas kehendak customer. Harga pulak, harga kasih sayang la. Untuk semua jenis tudung ayie jual dengan harga RM10. Mahal ke murah ke standard? Rasanya standard kot..

Ayie bercadang jugak nak open order untuk online. Tapi nanti jatuh mahal la. Sanggup ke dengan postage bagai. Kalau area sungai petani ni boleh la bagi by hand je. Luar sungai petani sanggup ke?huhu Ada yang sanggup boleh la ayie open order untuk online sekali =)

Plan seterusnya ayie ingat nak letak tudung ni kat kedai2 tudung. Kot la ada yang sudi nak kan. Sama2 tambah income. Tu plan akan datang la. Sekarang just jual sesama kawan dalam kampus je. Ayie dah mula ada keyakinan cket nak berbusiness ni. Mula2 memang malu + tak berani. Tapi ayie cuba jugak. Ayie percaya Allah dah tetapkan rezeki masing2. Kita cuma perlu berusaha. In Sha Allah..

Mula2 rancang duit hasil business ni nak simpan untuk tunang + kahwin. Tapi terlupa pulak HUTANG MOTOR tak habis bayar lagi,hahah jadinya dahulukan lah hutang motor tu. Untuk tunang dengan kahwin pandai2 la saving lain nanti,muahahha (boleh pulak ye lupa hutang motor, punya excited nak saving untuk kawin, haha) Apa2 pun, apa yang ayie buat semuanya Lillahita'ala.. In Sha Allah. Doakan ayie ye..=)

2 comments:

  1. Salam singgah sini...wahh...semua pun cantik2...nak tanya berapa harga tudung halfmoon yer...

    ReplyDelete