Sunday, November 30, 2014

Kisah Telur Ayam

بسم الله الرحمن الرحيم

Setelah hampir seminggu ayie senyap sibuk dengan assignments dan tests, harini ayie nak share 1 cerita tentang telur ayam. Kejadian ni betul2 ayie sendiri yang hadapi situasi tersebut. Ceritanya begini..

Kelmarin ayie pergi kedai belakang rumah ni nak beli telur. Masa ayie sampai kedai, seorang ibu dan anak remaja (perempuan) dia kebetulan sama2 sampai dengan ayie. Dari pengamatan ayie diaorang ni macam datang dari keluarga yang sederhana susah. Dari segi pakaian, cara diaorang camtu la. Tapi ni cuma pengamatan ayie la. Ayie terdengar la perbualan diaorang ni.. 
Ibu: Uishhh..mahalnya telur.. (Sebijik 45sen,bg ayie pun memang mahal la) 
Si ibu cakap dekat anak dia: Hang ambik la takat mana hang nak makan..
Anak: Untuk adik macam mana mak?
Ibu: Takpa, adik hang ada telur ayam kampung kat rumah. Satgi dia makan tu ja.
(Terkedu ayie. Ayie rasa ayie ni susah da, maklum lah student life. Rupanya ada orang lagi susah dari ayie)
Anak: Kita ambik lebih cket la mak, kat kedai ni murah. Kedai satu lagi mahal. 
Ibu: Tak payah la,hang ambik takat mana hang nak makan dah la..
Anak: Takpa mak, ambik lebih cket. Kedai ni murah cket.
Ibu: Yelah²..

Kalau tak silap ayie diaorang ambik dalam 5 biji. Allah.. Insaf jap T_T ... Kita rasa kita susah da, rupanya ada orang lagi susah dari kita. Bersyukur lah dengan nikmat apa yang kita ada sekarang ni..

Sumber: Google

No comments:

Post a Comment