Tuesday, December 30, 2014

Denyut Kasih Medik

بسم الله الرحمن الرحيم


Sejak baca novel ni Denyut Kasih Medik ayie da jatuh cinta la untuk mengetahui lebih lanjut dunia perubatan ni macam mana. Alhamdulillah banyak ilmu perubatan. Baru ayie tau HO tu macam mana, MO tu pulak macam mana. Then HO tu kerja dia macam mana. Apa yang diorang kena buat. Ingatkan semua doktor tu sama ja kerja dia, hahah 

Rupanya diaorang ada bahagian masing2. Tapi tetap dengan satu matlamat, menyelamatkan manusia@orang sakit walau dengan apa cara pun. Mulia kerja doktor atau seangkatan dengannya, macam nurse, pembantu perubatan dan sebagainya.

Terbaru, ayie jumpa satu blog doktor. Blog Dr. Syamirul. Blog ni pun cerita perihal dunia perubatan jugak. Best. Sebab ayie da mula minat kan. Tapi untuk diri sendiri jadi doktor tu memang tak la kan. Selain pembelajaran tu sendiri yang tidak melayakkan atau dalam bahasa mudahnya banyak kantoi subjek sains SPM dulu, haha ayie penakut jarum sebenarnya, kui3

Pernah dulu ambik darah sampai pitam. Kena cucuk zaman sekolah jangan cakap la, menangis, kah3 malu je.. Latest dalam setahun lepas ambik darah. Ayie bagitau doktor siap2 da, "Saya takut jarum". Doktor cakap takde apa la, cket je..Fine. Dengan redha nya baring atas katil, doktor sapu2 ubat bius then dia bersembang. Tanya hal pelajaran, kos apa. Ayie dengan yakinnya bercerita. Then siap la da ambik darah. Alkisahnya, segala pertanyaan doktor tu hanyalah trick untuk leka kan ayie dari fikir tangan tengah kena cucuk ambik darah, hahaha Dah macam budak2 je kan kena trick bagai..T_T

Ada novel pasal perubatan jugak kan? Antara penulisnya seorang blogger. Tajuk dia Diagnosis. Ayie belum berkesempatan lagi nak baca. In Sha Allah 1 hari nanti ayie nak baca jugak. Sedikit sebanyak ada jugak knowledge tentang perubatan ni. Kagum dengan mereka2 ini =)

No comments:

Post a Comment