Tuesday, July 28, 2015

Temuduga Pertama (Selepas Tamat Belajar)

بسم الله الرحمن الرحيم

Haiishh.. susahnya laahai nak cari kerja walaupun kerja part time je. Menduga dan menguji betul. Ayie akui ayie agak memilih dan sedikit cerewet. Bukan mengada sangat, cuma bagi ayie perlu untuk cerewet cket demi hak dan keselesaan sendiri, gituu..

1) Isu solat. Memang ayie tanya awal2 dengan mana2 tempat ayie nak kerja tu, izinkan ke tak ayie nak keluar solat. Kalau tak izinkan, reject. Bukan bajet alim, tp tu kewajipan..

2) Tuck-in baju dan tudung. Yang ni pn ayie utamakan jugak. Ayie tak nak kerja yang memerlukan tuck-in baju dan tudung. Sekali lagi, bukan bajet alim ye. Tapi sendiri tak selesa..

3) Kerja shift. Haa yang ni pun ayie ambil kira jugak. Bukan apa, nanti parents risau balik kerja lewat malam sorang2. Permpuan pulak tu..

4) Kerja sabtu, ahad dan cuti umum. Yang ni pn ayie agak berkira la. Sebab, ayie nak hujung minggu ada dengan keluarga. Yela, lepas2 ni nanti payah da nak ada dengan parents bila dapat kerja tetap luar kawasan or da kahwin. Jadi nya, ayie sangat menghargai masa2 bersama keluarga..

Dahtu kau cerewet sangat kan, mereput la kat rumah..hahah Padan muka! T__T Ada la apply beberapa kerja. Cuma belum rezeki lagi kan. Sabtu lepas (25 Julai 2015) di panggil temuduga sebagai fasilitator untuk ajar rukun solat. Oke la, kerja pun sekejap je. 5 jam sabtu or ahad je. Oke la tu sekejap je. Semalam pulak (27 Julai 2015) ada temuduga saringan kedua. Ada la task yang diberikan. In Sha Allah akan ada temuduga saringan lagi dalam masa terdekat ni. Tapi dapat ke tak dapat tu wallahu'alam.. 

Susah rupanya nak cari kerja.. Permudahkan lah.. Amiin

No comments:

Post a Comment