Wednesday, June 8, 2016

D.I.Y Veil Tunang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Oppss! Bukan ayie yang bertunang ye, habaq awai-awai ni..hahah Mak sedara ayie yang bertunang. Jadi ayie dan adik offer nak buatkan veil untuk dia. Kira macam hadiah la kan.. Baju tunang warna pink belacan. Punya la payah nak cari kain warna seakan macam tu.. Kami beli dekat Nagoya je. Bagi ayie buat sendiri lagi puas hati + lebih murah dan berbaloi-baloi. Tapi tak la secantik yang dekat butik-butik tu. Tapi bagi ayie yang macam ni pun da oke. Jom cek apa bahan-bahannya.

1) Kain chiffon yang tak berapa tebal & tak nipis sangat
  (harga siyes tak ingat, sebab beli pun kain lebihan yang Nagoya da offer)

2) Lace (RM 15)
  (Ayie beli tak state berapa meter bagai. Kira kuntum bunga je)

3) Benang & jarum

Total semua sekali below RM25. Oke tak?

Oke, first sekali potong kain tu semi circle. Or nak buat bentuk 'D' pun boleh. Adik ayie buat bentuk 'D' (sorry takde pic potong bentuk 'D' tu) T_T Settle potong hantar jahit tepi pulak. Kos jahit tepi around RM2 kalau tak silap. 


Ni pic lace yang kami beli. Nak bagi seri kami pilih warna merah. Tapi bukan la merah darah ni. Kami beli 9 kuntum bunga. Nampak kan bunga tu? Yang atas kepala tu kami buat 7 kuntum. Lagi 2 kuntum kami letak di hujung kiri & kanan veil. Tengok pic bawah ni ye..


Haaa.. gini la rupa veil tu ye. Nampak tak bunga di hujung kanan tu? Haa yang tu la yang ayie maksudkan tadi. Hope korang faham la ye. Ayie nak cerita pun tak pandai sangat. Harap dapat membantu.. Tukang cerita D.I.Y veil bagai ni ntah bila pulak majlisnya ye.. Selamat berpuasa! =)

p/s: Ada cerita sedih di sebalik veil ni =(

3 Ramadhan 

No comments:

Post a Comment