Thursday, June 2, 2016

Koleksi Buku DIAGNOSIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Ayie dari zaman belajar dulu minat sangat nak tau pasal dunia perubatan. Berminat nak tau term2 dalam dunia perubatan. Apa itu HO la, MO la bagai.. Nak tau perjalanan seorang yang bergelar doktor. Jadinya ayie memang tercari2 buku2 santai tentang dunia perubatan yang mudah untuk ayie faham. Kalau buku2 ilmiah fakta ni takut ayie tak berapa faham pulak kan. Buku pertama yang buat ayie jatuh cinta dengan dunia perubatan Denyut Kasih Medik

Lepastu dapat tau tentang buku Diagnosis. Memang cari habis la buku tu. Berusaha nak dapatkan jugak. Alhamdulillah setakat ni ayie ada 5 buah buku Diagnosis. Semua best2!


Ni buku Diagnosis pertama ayie. Beli masa zaman praktikal kalau tak silap


Yang ni Diagnosis kedua. Beli masa zaman praktikal dekat book fair.


Haaa..yang ni beli tahun ni, 2016. Masa tau ada Diagnosis baru 'Apokalips' dengan pantas nya la cari merata alam dekat Taiping ni. Pergi Popular la, Dynamic la tapi takde.. Susah benaau nak cari. Kebetulan ada 1 hari tu pergi Mydin Ipoh. Teringat ada MPH kt situ. Bergegas la cari. Aaaand yeeaayyy! Jumpa! Alhamdulillah =)


Ni koleksi keempat ayie. Beli bulan April haritu. Beli online. Rasanya offer yang ni harga discount. Mortuari ni semua kisah doktor berdepan dengan kematian. Ayie tertarik dengan satu kata2 ni. Apa peraasaan awak saat malaikat maut ada bersama dengan awak mengambil nyawa pesakit? T__T


Koleksi kelima ayie, baru dapat Selasa lepas. Pun beli online jugak. Belum sempat baca satu topik pun lagi. 

Apa yang menarik, 4 daripada koleksi ayie semua sahabat yang beli dan hadiahkan, hahaha Sebab dia tau ayie memang nak sangat dan suka sangat baca buku pasal medic ni. Dia yang gigih cari kat Lazada la, kt website Dubook la. Alhamdulillah, selamat duit den..hihih Terima kasih tau =)

Dan terbaru ni tengah usaha kumpul duit nak dapat dua lagi buku tentang medic. Tapi bukan la koleksi Diagnosis. Satu tajuk Resus, satu lagi tajuk Dyspnea Kehidupan. In sha Allah. Tapi kalau sahabat tu nak sponsor lagi pun boleh, hahah

Kalau korang tau buku2 santai tentang medic yang lain bagi tau la ayie ye.. =)

No comments:

Post a Comment