Sunday, August 14, 2016

Ke Tanah Suci Mekah

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

10/8/2016 (Rabu) lepas kedua-dua orang tua ayie telah pun berangkat ke tanah suci Mekah. Tapi diaorang mendarat di Madinah dulu. Alhamdulillah hari khamis lepas diaorang dah sampai. Sampai lebih kurang pukul 9 pagi waktu Madinah. Kita di Malaysia dalam pukul 2 petang macam tu. Diaorang punya perjalanan haji ni agak lama.

Waktu orang surau & jiran-jiran berkumpul dekat rumah sebelum berangkat ke Penang tu dah 'banjir' sikit-sikit da. 'Banjir' masa orang baca doa. Lepas tu gerak ke Penang naik kereta asing. Ayie dengan adik ni sambung 'banjir' dalam kereta sikit lagi, hahah Sampai di TH Hotel Penang dalam pukul 4 petang tu relaks lagi. Lepak-lepak, gurau-gurau. Ohya, mak ayah stay je di hotel tu. Malam baru pihak TH bawak jemaah haji naik bus ke airport Bayan Lepas.


Dalam pukul 5 lebih tu mak ayah suruh kitaorang balik takut kang tempuh jem pulak. Haa bermula la drama 'banjir' sekali lagi.. Sedih.. T__T

Dok tunggu panggilan dari mak ayah. Khamis & jumaat mak ayah kol lagi, masuk hari sabtu dan ahad harini contact by wasap je. Diaorang cakap mahal kol dari sana. Takpe la, janji contact. Diaorang update apa2 penting by wasap je. In Sha Allah, semoga mak ayah dan semua jemaah haji tahun ni mendapat haji yang mabrur, diberi kesihatan yang baik, di pelihara walau di mana jua berada, dan selamat perjalanan pergi & balik. Amiin.. =')

*banjir (baca: sedu sedan)

No comments:

Post a Comment