Sunday, September 4, 2016

Burung Helang di Kuala Sepetang

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam, hye!

Lama blog tak update kan.. Busy jadi 'surirumah', hahah Since mak ayah takde ke Mekah ayie la take over masak-memasak, hihih Sepatutnya update sini masak apa baru boleh rujukan apa yang da dimasak bagai. Macam minggu ni, tak tau da nak masak apa..hmm Kasi idea please.. T__T

Berbalik pada tajuk, disebabkan malam ni printer buat hal pulak rosak, satu kerja sekolah pun tak boleh nak buat mai la kita hadap blog. Actually lama da ayie pergi naik bot di Kuala Sepetang ni. Masa Syawal haritu, ni baru nak cerita2 sini. 

Oke, kalau dari rumah ayie nak ke Kuala Sepetang dalam 20 minit ++ jugak la. Kira naik motor tu boleh kebas segala jugak la, hahah Kalau dari Mee Udang Mak Jah tu tak jauh da, dalam 5 minit macam tu sampai la ke jeti. Ayie pergi saja-saja je nak tunjuk dengan member tempat ni. Sekali memang time bot nak jalan dan diaorang offer kat kami RM10 je sorang. Member ayie dengan excited nya setuju. Ayie ikut kan je la kan. Then pakai life jacket get ready nak naik bot. Macam tak percaya je akan naik bot sebab tak rancang pun, hihih

First, diaorang bawak kami pusing perkampungan nelayan. Rata-rata yang dok di situ Cina. Masa round tu satu benda ayie terfikir, diaorang ni ada dua main door. Kat depan belah darat pun main door, kat belakang menghadap laut pun da jadi macam main door. Sebab masa round tu ayie tak nampak pun yang belakang tu macam dapur ke apa. Nampak macam ruang tamu diaorang je. Siap kat depan tu buat parking bot, hahah Korang dapat tak gambaran nya macam mana? Haaa kalau tak dapat bayangkan kena la mai sini tengok macam mana. 


Banyak perkampungan kat sini. Ada satu kawasan tu jalan hubungan diaorang dengan darat kena naik bot or jejantas khas untuk motor or jalan kaki je. Kira kalau yang ada kereta tu kena park di sebelah sini @ darat. 

Lepastu diaorang bawak pusing kawasan paya bakau macam tu. Takde perkampungan pun cuma keliling paya bakau. Cantik, hijau je suasana dia.



Lepastu baru bawak pergi bagi makan burung helang. First sekali keluar ayat, wow! banyak nya burung helang! Memang banyak sangat, lagi banyak dari yang masa ayie pergi Langkawi dulu. Cuma yang dekat Langkawi tu besar-besar helang dia. Yang ni macam kecik-kecik je. Seronok tengok burung helang real.



Kalau ambik pakej yang lain, ayie tak pasti berapa RM, diaorang bawak pergi perkampungan lain. Situ ada kolam ikan macam tu. Dan kalau ada rezeki boleh jumpa dolphin katanya. Tapi jarang-jarang dia muncul. So kalau datang Taiping tu boleh la mai singgah jalan-jalan sini sambil-sambil pekena mee udang =)

No comments:

Post a Comment